1/ Guna AI bukan bermakna hasilkan konten kosong jiwa.
Ramai usahawan dah mula guna AI untuk marketing. Tapi… masih ramai yang blur macam mana nak guna AI dengan cara yang kena dengan jiwa orang Melayu.
Dalam blog ni, saya kongsikan 100% tips praktikal. 👇
Masalah paling biasa bila guna AI:
❌ Bahasa terlalu “robotik”
❌ Tak kena dengan budaya Melayu
❌ Terlalu formal, kurang emosi
Solusi? Kita ajar AI supaya faham siapa audiens kita.
2/ Contoh Prompt Asas untuk AI:
“Tulis ayat iklan produk kesihatan untuk wanita Melayu 30-an. Gaya bahasa mesra, lembut, dan ada elemen emosi.”
Dengan prompt macam ni, AI akan hasilkan copy yang:
✅ Lebih dekat dengan jiwa
✅ Tak nampak macam mesin
✅ Senang diterima orang Melayu
3/ Gunakan “panggilan” yang sesuai.
Kalau audiens wanita dewasa:
✅ Gunakan “Sis”, “Puan”, “Akak”
Kalau untuk lelaki:
✅ “Bro”, “Tuan”, atau nama terus
AI boleh faham gaya ni — asalkan kita ajar dalam prompt.
4/ Masukkan unsur budaya & perasaan.
Contoh:
❌ “Product ini membantu meningkatkan kesihatan.”
✅ “Dengan izin Allah, ikhtiar ini bantu Sis rasa lebih sihat & tenang setiap hari.”
Penting untuk sesuaikan dengan nilai & gaya hidup audiens kita.
5/ 3 Jenis Konten Yang Boleh Guna AI Hari-Hari:
✅ Idea Ayat Iklan (FB/IG Ads)
✅ Konten Harian di Media Sosial
✅ Emel atau WhatsApp Broadcast
Setiap hari, boleh jimat masa & otak. Tapi tetap kena semak dan olah ikut nada kita.
6/ Tools AI yang mudah mula untuk peniaga:
🔹 ChatGPT – untuk tulis copy iklan
🔹 Canva AI (Magic Write) – untuk idea design & caption
🔹 Notion AI – untuk susun kalendar konten
Tak perlu guna semua. Pilih satu dan mula explore.
7/ Reminder penting:
AI hanyalah alat bantu.
Anda tetap perlu faham audiens, emosi & keperluan mereka.
Gandingan AI + Empati = Marketing yang berkesan.